2013年2月28日星期四

SPM 甲等国语作文


SPM Contoh Bahasa Melayu Cemerlang : 
                                                      
                       Tajuk:Peranan Keluarga Dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah.
                                                       Disediakan oleh: Koay Yung Phin     
         
                                                     Hikayat Melayu disanjung warisan,
                                                     Menjadi wahana penglipur nestapa,
                                                    Anak berguna tonggak wawasan,
                                                        Berkat usaha ibu dan bapa.

        Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa dahulu,negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 diidam-idamkan.Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan,negara kita yang tercintai dan berdaulat sudah menempa kejayaan demi kejayaan baik dari segi sistem politik,ekonomi, sosial, perundangan, pentadbiran dan pemerintahan yang diterapkan di negara ini. Sekali imbas,lihatlah prasarana bertaraf dunia seperti Menara Kembar Kuala Lumpur(KLCC),Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di Sepang yang dibanggai dan berjaya meletakkan nama Malaysia di seantero dunia. Pada alaf globalisasi ini, jika kita lebih halusi dan lebih peka, akan kita dapati bahawa isu-isu yang berkaitan kebanyakan anak berdepan dengan pelbagai masalah kerap menjadi bahan perbincangan dan diplomikkan oleh media massa persis media cetak mahupun media elektronik.Sebagai analoginya, kemelut yang dihadapi oleh generasi muda seperti mat rempit , sumbang mahram, vandalisme , gangsterisme dan sebagainya sudah lama menghantui dan membayangi kepada masyarakat manusia.Senario ini semakin berlaku dan tidak hairanlah jika isu ini menjadi topik perbincangan yang meniti dari bibir ke bibir dari Dewan Parlimen hinggalah ke kedai kopi menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat konvensional tidak kira orang tua mahupun orang muda.Buktinya, kajian statistik oleh jabatan Kebajikan Masyarakat mendapatkan hampir lima puluh peratus rakyat Malaysia terlibat dalam gejala negatif lazimnya mempunyai konflik kulawarga. Pada pendapat saya,isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata oleh semua pihak khasnya ibu bapa dan pihak Kementerian dek isu ini kian parah dan semakin berleluasa dari sehari ke sehari seperti ibarat  ‘ duri dalam daging ’. Jika tidak dapat  bersenergi  daripada  semua  pihak , pastinya  kemelut ini  tiada  noktah pengakhirnya dan akan mengundang banyak kesan sampingan kepada individu,keluarga,masyarakat dan negara.kesan yang paling ketara ialah sistem politik akan menjadi huru-hara, ekonomi akan merudum dan kebajikan sosial akan porak-peranda. Janganlah kita berpegang sikap bagai “enau dalam berlukar,melepaskan puncak masing-masing.”Menurut kata mutiara sarjana ,“Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,lihatlah remaja pada hari ini.”Persoalannya,apakah peranan keluarga dalam membantu anak-anak dan strategi-strategi patut diambil untuk membanteras masalah ini secara berlanjutan.
        Peranan keluarga terutama ibu bapa merupakan faktor perdana dalam membantu anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak dan dikenali sebagai agen pemasyarakatan yang perlu menyempurnakan tanggungjawab dan obligasi mereka terhadap anak-anak. Pada era komtemporari ini, banyak ibu bapa ghairah mengejar arus pemodenan dan kemewahan galang ganti kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak yang tidak disirami kasih sayang ibu bapa dikatakan umpama layang-layang terputus tali. Hal ini mengakibatkan anak mereka mencari kebebasan di luar rumah dan mencari alternatif lain untuk mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada insan lain terutamanya daripada rakan mereka  akhirnya mereka terjerumus ke dalam kancah negatif dek melalui pelbagai wahana yakni berkawan dengan kawan yang tidak bermoral dan beretika. Lama-kelama, anak mereka terpengaruh oleh rakan sebaya mereka seterusnya melibatkan diri dalam perbuatan yang tidak bermoral lantas ditangkap oleh polis dan dijatuhi hukuman di muka pengadilan kerana perbuatan mereka merupakan perbuatan yang salah di sisi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan negara.Sebagai contohnya, remaja yang menyentuh isu-isu sensitif akan melanggar Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Jadi,pelbagai kaedah metode dan modus operandi yang istikhamah, pragmatik,proaktif dan jitu ini memerlukan iltizam dan komitmen daripada semua ibu bapa.Sebagai quudwahnya,ibu bapa tidak haruslah mengabaikan mereka ironinya perlu mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka. Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menyatakan bahawa pembentukan masyarakat yang penyayang amat penting sekali. Jadi,ibu bapa perlu mengamalkan pelbagai prakarsa yang mulia untuk menangani masalah yang dihadapi oleh anak mereka kerana perjalanan beribu batu itu mestilah bermula daripada langkah yang pertama.Sebagai contohnya, ibu bapa haruslah memberikan keperluan fisiologi persis keperluan asas dan keperluan keselamatan kepada anak mereka berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-kanak.Tegasnya, “Wang ringgit bukanlah pengganti kasih dan sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.”Demikianlah selingkar kata yang diluahkan oleh berkas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.  
       Selain itu, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali dan suri teladan kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi dek melentur buluh biarlah dari rebungnya.Hal ini kerana anak-anak diibaratkan sebagai kain yang putih dan ibu bapa merupakan warna yang mencorakkan kehidupan mereka mengikut keinginan dan wawasan ibu bapa sama ada menjadi Majusi, Nasrani, Yahudi atau muslimin sejati. . Contohnya,Ibu bapa boleh menceritakan kisah-kisah sejarah dan pengalaman mereka kepada anaknya untuk menghalang mereka daripada mengulangi peristiwa tersebut sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan anak untuk menghapuskan tembok pemisah.Bukan itu sahaja, perlakuan ini juga dapat membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak .Bak kata aforisme “bagaimana acuan begitulah kuihnya,bagaimana contoh begitulah gubahannya” telah menjelaskan peranan ibu bapa menjadi seorang arkitek untuk menampilkan generasi muda yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,bersahsiah mulia ,berkeupayaandan bertanggungjawab supaya merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan juga mencapai misi dan visi institusi pendidikan iaitu “beramal,berdisiplin dan berilmu.”Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, kebanyakan ibu bapa hanya berorientasikan anak mereka mendapat kecemerlangan akademik dan terlalu idealistik setinggi gunung itu. ibu bapa tidak haruslah bersifat autokratik semasa berkomunikasi dengan anak-anak.Jadikanlah anak-anak sebagai sahabat yang terbaik agar mereka mudah meluahkan masalah dan pendapat mereka kepada ibu bapa.Sebagai analoginya, kejayaan Nadia Amira berjaya mendapat 17 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) kerana mendapatkan sokongan dan dorongan daripada keluarga. Jelaslah, ibu bapa merupakan golongan terpenting yang berperanan melakar landskap kemajuan sesebuah negara kerana di tangan mereka disandarkan tanggungjawab dan harapan mendidik anak bangsa.

      Hatta maka, ibu bapa juga haruslah memperuntukkan masa untuk bersama dengan anak-anak bukannya bersikap materialistik, individualistik dan bejana keuntungan. Jika ibu bapa banyak masa bersama dengan anak-anak,maka mereka tidak akan berasa kebosanan dan tidak akan mencari kawan untuk melepaskan stres mereka.Di samping itu, ibu bapa juga boleh memberikan didikan tidak formal seperti didikan agama dan didikan moral.Dalam pendidikan agama, ibu bapa boleh menjelaskan ajaran-ajaran persis Tao Te Ching ,al-Quran , Kitab Dhrama Sastra dan sebagainya berdasarkan buku suci yang dianugerah oleh Tuhan.Dalam didikan moral pula, ibu bapa boleh memperkenalkan pendidikan Confucius dan Legalisme dari falsafah negara China kepada anaknya supaya menghindarkan diri daripada angkara sosial. Hal ini kerana pegangan  agama dan moral yang ampuh merupakan benteng dan pedoman kepada generasi muda agar dapat menangkis seribu satu dugaan dan godaan dari luar.Rohaniah dan insaniah dapat diperkukuh agar tidak mudah tewas apabila berhadapan dengan nilai-nilai pascamodenisasi dan demoralisasi. Menurut Perdana Menteri, “Dalam rangka untuk membangunkan masyarakat yang maju dan dinamik, nilai-nilai kemanusiaan tidak boleh diabaikan.” Hal ini dapat menampilkan seorang pelajar itu bersifat futuristik, dinamis dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk melahirkan masyarakat yang majmuk dan bestari dalam negara kita yang mengamalkan proses urbanisasi.Menurut kata pujangga, “ Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih tepuh.Jika akhlak sudah lumpuh,mereka pun akan lenyap.”
      Arakian,ibu bapa juga boleh memperuntukkan masa bersama dengan keluarga untuk beriadah ke mana-mana.Dalam hal ini,mereka bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dan juga memiliki kesihatan tubuh badan yang sempurna,hal ini bertepatan dengan slogan “ Rakyat Sihat, Negara Maju.”Bukan itu sahaja,ibu bapa juga boleh melancong bersama dengan sekeluarga supaya membuka minda dan mata untuk meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri agar melahirkan belia waja yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anaknya ke perpustakaan dan pusat kedai buku untuk mambajai minat membaca. “Membaca merupakan wahana yang mampu mencetuskan perubahan dan tamadun kepada sesuatu bangsa”.Demikianlah selingkar kata yang diluahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Jadi,remaja dapat peluang melancong ke negara lain dan kedai buku bukan sahaja menjadi manfaat kepada mereka dan juga boleh menerapkan sifat keterbukaan dan semangat inkuiri dalam atma dan sanubari mereka agar tidak melibatkan diri dalam kebejatan dan kebapetan sosial.Winston Chircill pernah berkata, “Empayar pada masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. “ Manifestasinya, Saidina Umar pernah menyatakan bahawa didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zaman mereka.
        Disingkap dari sudut yang berbeza, ibu bapa juga boleh memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk menyertai program khidmat komuniti, kerja amal dan menderma wang kepada mangsa bencana alam supaya melatih seorang remaja yang insan berguna dari segi intelek,rohani, jasmani serta emosi dalam jiwa mereka. Hal ini kerana program tersebut bukanlah program yang hangat-hangat tahi ayam ataupun ibarat melepaskan batuk di tangga. Semenjak negara kita bertapak dalam era pembangunan pesat, sikap menjaga tepi kain orang kian mengikis dan luntur terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar yang diselubungi oleh teknologi dan komunikasi yang canggih. Ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma  bersama dengan sekeluarga untuk menyertai program tersebut yang disediakan oleh institusi kerajaan ataupun pihak swasta. Jika program tersebut dijana secara ampuh pasti melahirkan generasi muda yang berkualiti, berkeperibadian dan keistimewaan. Kontasnya, Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara dapat menjadi realiti  dan hanya sekadar imaginasi semata-mata. Ibu bapa boleh menceritakan kisah-kisah sejarah tokoh-tokoh agung seperti Socrates, Aristotle, Plato, dan Confucious sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman demi mempertahankan prinsip mereka untuk memotivasi mereka dalam menuju ke matlamat dan cita-cita mereka.
          Intihanya,berdasarkan cambahan minda di atas,jelaslah variasi usaha-usaha yang perlu diambil oleh ibu bapa.Pada pandangan saya, kita haruslah menggembleng tenaga dan berganding bahu serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest,seluas Banjaran Himalaya,sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat ataupun sebelum nasi menjadi bubur kerana sesal dahulu pendapatanm sesal kemudian tiada gunanya.Mantan Presiden Indonesia Soekarno pernah berkata, “ Jika diberikan aku seratus orang tua,nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi jika aku diberikan sepuluh orang belia waja, nescaya aku dapat menggegarkan dunia.”Jika semua pihak bekerjasama menghadapi kemelut ini dengan serius,saya pasti barisan pelapis yang akan datang akan lebih berwawasan,berakhlak mulia  dan berketerampilan dalam memperkasakan nusa dan etnik kerana “ pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” di samping merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai integrasi kaum dan asimilasi budaya di negara Malaysia agar negara kita menjadi sebuah negara maju dalam kalangan negara Dunia Ketiga. Ingatlah pesan tokoh falsafah,”Segala masalah sama ada berkaitan dengan mental, psikologi dan sosial pasti ada jalan penyelesaiannya.””Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara.”Demikianlah suatu slogan yang meletakkan keluarga sebagai nukleus untuk membangunkan negara.Selagi ada bulan dan matahari, selagi ada siang dan malam, pintu taubat masih terbuka.Mudah-mudahan kita menjadi manusia yang diredai Tuhan di muka bumi ini .Ulaskan maksud peribahasa kasih ibu sepanjang hayat, kasih bapa berkorban nyawa, kasih saudara semasa berada. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.
                                               Tegap melangkah puteri remaja,
                                               Segagah langkah serikandi nusa,
                                                 Tampil saya bersulam kata,
                                               Remaja Berwibawa Negara Jaya.

1 条评论:

  1. bandar 提升为 metropolitan , hubungan 提升为 naluri ikatan , berkaitan 提升为 relevan, bekerjasama 提升为 berganding bahu bagai aur dengan tebing , halangan 提升为 rintangan , mencapai 提升为 merealisasikan , terkenal 提升为 tersohor , bergandingan 提升为 berdiri sama tinggi duduk sama rendah , ilmu pengetahuan 提升为 pelita hidup , pandangan 提升为 perpektif / persepsi , dunia 提升为 global , perubahan 提升为 transformasi .................再继续加油.....from Philip Yong, 'teach'nology 终极补习学院国语老师。

    回复删除